Rancangan Malaysia ke-11 [Infografik] - MulaBaru.com - Membina Malaysia Baharu

MulaBaru.com - Membina Malaysia Baharu

Politik, Ekonomi, Isu Terkini dan Viral, Insurans, Pekerjaan, Kewangan dan Maklumat Pelancongan di Malaysia.

Full Width Home Advertisement

Post Page Advertisement [Top]



KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Sektor perkhidmatan, pertanian dan pembinaan mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding sasaran tahunan ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menurut Laporan Kajian Separuh Penggal RMK11( 2016-2020), Keutamaan dan Penekanan Baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi hari ini, sektor perkhidmatan tumbuh pada kadar purata 5.9 peratus iaitu lebih rendah daripada sasaran pertumbuhan tahunan 6.9 peratus manakala sektor pertanian mencatat 0.8 peratus berbanding sasaran 3.5 peratus.

“Sektor perkhidmatan tidak mencapai sasaran berikutan tahap inovasi dan produktiviti yang rendah serta harga minyak dunia yang tidak menentu pada 2016. “Bagi sektor pertanian pula, ini disebabkan oleh ketidaktentuan harga komoditi serta bencana alam yang mempengaruhi hasil serta produktiviti perkerja.”

Walaupun mencatat pertumbuhan lebih rendah daripada jangkaan, sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat kepada 54.5 peratus pada 2017 berbanding 53.6 peratus pada 2015.




Bagi sektor pertanian pula, walaupun pertumbuhannya lebih rendah, namun pendapatan purata pihak berkepentingan bagi sawit dan getah telah meningkat 36.9 peratus kepada 87.2 peratus.

“Pendapatan nelayan komersial juga meningkat sebanyak 229.6 peratus yang dianjakkan oleh penggunaan teknologi. Bagaimanapun, pendapatan nelayan tradisional telah berkurangan sebanyak 19.7 peratus akibat kemerosotan ikan di persisir pantai.”

Menurut laporan itu, pendapatan pesawah padi juga telah merosot sebanyak 40.1 peratus pada 2017 berikutan cuaca buruk yang menyebabkan pengeluaran hasil lebih rendah.




Selain itu, sektor pembinaan kekal sebagai sektor ekonomi paling pesat berkembang pada 7.1 peratus walaupun angka itu lebih rendah daripada sasaran 10.3 peratus ditetapkan RMK11.

Prestasi sektor pembinaan didorong terutamanya oleh projek kejuruteraan am yang meningkat 31.8 peratus kepada RM17 bilion pada 2017 berbanding RM12.9 billion pada 2015, berikutan pelaksanaan projek petrokimia, pengangkutan dan utiliti yang berskala besar.

Sektor pembuatan muncul satu-satunya sektor yang melepasi sasaran pertumbuhan 5.1 peratus apabila berjaya mencatat 5.2 peratus pada 2017.




“Penyumbang utama sektor ini adalah sektor elektrikal dan elektronik sebanyak 26.5 peratus, bahan kimia dan produk berasaskannya (10.4 peratus), peralatan pengangkutan dan pembuatan lain (11.8 peratus) yang secara keseluruhannya menyumbang 48.7 peratus atau RM131.4 bilion daripada pembuatan yang dinilai tambah.

“Produk pembuatan terus mencatat pertumbuhan dan mendominasi eksport (dipacu) terutamanya oleh permintaan luar yang lebih kukuh dengan sebahagiannya akibat kesan penyusutan nilai ringgit,” kata laporan itu.




Merujuk isu serta cabaran, laporan itu menyatakan kesemua sektor mengalami kekurangan dan ketidakpadanan tenaga kerja mahir yang turut menjadi penghalang anjakan aktiviti berintensifkan pengetahuan.

“Keadaan ini dirumitkan lagi dengan kebergantungan yang tinggi terhadap tenaga kerja kurang mahir dan pekerja asing terutamanya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan, makanan dan minuman sertan penginapan selain tekstil dan pakaian.”

Laporan itu turut membangkitkan kadar pelaksanaan lebih perlahan membabitkan teknologi digital, model perniagaan baharu, inisiatif Industri 4.0 serta langkah keselamatan siber yang telah merencatkan usaha bagi merekayasa pertumbuhan ekonomi. - Bernama

Teks penuh ucapan boleh dibaca dibawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Hicore Solutions