Initipati Penuh Sidang Media Mesyuarat Kabinet Ke-2 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad - MulaBaru.com - Membina Malaysia Baharu

MulaBaru.com - Membina Malaysia Baharu

Politik, Ekonomi, Isu Terkini dan Viral, Insurans, Pekerjaan, Kewangan dan Maklumat Pelancongan di Malaysia.

Full Width Home Advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Terkini: Intipati Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kali kedua oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

1.  Saguhati Aidilfitri kepada penjawat awam Gred DG41 dan ke bawah iaitu RM400 serta bagi pesara RM200.

2.  Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September 2018.

3.  Laluan MRT3 tidak diteruskan.

4.  Harga diesel dan RON95 dikekalkan, RON97 diapung ikut pasaran.

5.  BR1M digantikan dengan bantuan sara hidup kepada rakyat dan dibayar pada 6 Jun.

6.  Diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuhraya dua hari sebelum Aidilfitri.

7.  Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.

8.  Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.

9.  Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

10.  Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.

11.  Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan.

12.  Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran Negara.

13.  Sayangi Malaysiaku – Tema Hari Kebangsaan.

14.  Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.

15. BONUS* Siaran langsung World Cup secara percuma di RTM.


.
Sumber: @malaysia1news


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tun Dr Mahathir Official YouTube Channel

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Hicore Solutions